Isnin, 29 Mei 2017

Tips Menggunakan Khidmat UPU Online

         Sudah menjadi kelaziman untuk pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf mengisi borang UPU melalui talian untuk memohon sambung belajar samada di Universiti Awam/Politeknik Premier dan lain-lain lagi. Pelajar yang hendak mengisi borang UPU hendaklah membeli PIN - 6 Angka di Bank Simpanan Nasional yang berdekatan . Harga untuk satu pembelian PIN adalah RM15.90 (Termasuk GST). Pada artikel kali ini, kita akan bercerita mengenai cara-cara yang terbaik menggunakan khidmat UPU.

         Sebelum mengisi UPU...anda perlu melakukan beberapa tips ini.

1) Rancang dan fikir , kursus apa yang anda hendak ambil dan anda berminat.
2) Siasat kursus yang anda hendak ambil itu dan semak syarat-syarat kelayakannya.
3) Bagi mereka yang mempunyai masalah pengangkutan, semak kursus-kursus yang ditawarkan di IPTA yang berdekatan. (Melalui Laman Sesawang Portal bagi IPTA terdekat itu)
4) Pastikan anda mengisi borang UPU seawal-awalnya agar anda mempunyai masa yang banyak untuk mengurus atau mengedit borang permohonan anda.
5) Jangan isi sembarangan . Kesilapan mengisi boleh menganggu perancangan anda
6) Rancang kewangan anda. Jika anda mempunyai masalah kewangan, janganlah risau, PTPTN kan ado...

Nampaknya itu sahajalah pendapat saya. tq

Selasa, 15 Disember 2015

Mata Pelajaran Untuk SPM

Terdapat 6 Mata Pelajaran Teras Untuk SPM iaitu :

a) Bahasa Malaysia
b) Bahasa Inggeris / GCE-O English
c) Matematik
d) Sejarah
e) Pendidikan  Islam/ Pendidikan Moral
f) Sains

Keenam-enam pelajaran itu adalah wajib diduduki oleh bakal-bakal SPM kecuali pada aliran-aliran tertentu. Contohnya, Pelajar aliran sains tidak perlu mengambil mata pelajaran sains kerana mereka telah menduduki mata pelajaran asas sains iaitu Biologi , Fizik dan Kimia. Begitu Juga Dengan Pelajar aliran agama, Mereka tidak perlu menduduki peperiksaan pendidikan islam kerana telah mengambil 3 Mata pelajaran asas pengetahuan Islam iaitu Pendidikan Al Quran Dan As Sunnah, Pendidikan Syariat dan Islamiah dan Tassawur Islam.

         Pendidikan Moral khusus untuk pelajar yang bukan beragama islam dan mereka tidak perlu menduduki pendidikan Islam dalam SPM. Untuk mendapatkan sijil SPM, pelajar tersebut Wajib Lulus pada Subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah. Dijangka pada masa akan datang, Subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral diwajibkan Lulus.

            Seorang pelajar hanya boleh mengambil Maksimum Sepuluh Mata Pelajaran Untuk SPM mereka Kecuali aliran Sains Tulen Agama yang boleh mengambil sehingga 12 Mata Pelajaran. Pelajar yang memilih Aliran sastera bebas daripada mengambil subjek daripada aliran sains tulen . Aliran Sastera terbahagi  Kepada beberapa jenis iaitu,  Kemanusiaan, Sains Sosial ,Kesusasteraan , Kesenian , Perakaunan dan perdagangan/perniagaan.

              Senarai Di Bawah adalah contoh-contoh mata pelajaran (Akademik) pilihan untuk diduduki sewaktu SPM.
a) Biology
b) Physic
c) Chemistry
d) Additional Mathematics
e) Ekonomi Asas
f) Kesusasteraan Melayu Atau Literature In English Atau Kesusasteraan Cina Atau Kesusasteraan Tamil
g) Perdagangan
h) Prinsip Perakaunan
i) Geografi
j) Tassawur Islam
k) Pendidikan Seni Visual
l) Additional Science
m) English for Science and technology
n) Pendidikan Syariat dan Islamiah
o) Pendidikan Al-Quran dan Al-sunnah
p) Pengetahuan Sains Sukan
Dan Banyak lagi...

             Sebarang Mata Pelajaran Pilihan Tidak Boleh Diambil pada waktu yang sama Contohnya Sains dan biologi/Fizik/Kimia kerana Ketiga-tiga subjek itu lebih meliputi berbanding sains. Contoh Kedua ialah subjek Kesusasteraan. Hanya satu jenis Kesusasteraan Yang boleh dipilih pada satu masa...

Terdapat juga subjek tambahan untuk pelajar tertentu seperti :
a) Bahasa Cina
b) Bahasa Tamil
c) Bahasa India
Dan Banyak Lagi
...

Untuk Maklumat Lanjut mengenai mata pelajaran Bolehlah pergi Ke Sini (Wikipedia)

Ahad, 6 Disember 2015

Aliran Dan cerita aku Selepas PT3

Assalamualaikum Korang and selamat membaca...

Sebenarnya heryan nak kongsi sesuatu ngan korang...hahaha... sharing kan caring...hahaha,,,

Okay, straight to the point , heryan nak bagitau sesuatu mengenai aliran Yang akan korang pilih selepas PT3... ya... Lagipun ini penting tau...untuk masa depan korang kan?...hahaha

Masa korang form 4 nanti, korang akan memilih aliran pembelajaran. Aliran ini ada banyak tau tapi korang kena pilih apa yang korang minat dan betul-betul korang mampu. Btw, Heryan sebenarnya Tak jugalah mendapat keputusan yang amat cemerlang masa PT3, tapi diharapkan dengan artikel yang Heryan dah Share ni, dapatlah jadi panduan korang...hahaha 😂

     Oke guys, Aliran yang akan korang pilih semasa tingkatan 4 benar-benar mempengaruhi masa depan dan Haluan korang dalam bidang pengajian tau. Andai kata korang ambil aliran sains, tentu apa yang korang pelajari semasa di Universiti pasti berkaitan dengan sains Bukan? Kalau korang ambil akaun , pasti ia berkaitan dengan kira2 dan perakaunan bukan?..btw, Heryan minat dengan aliran di atas, cuma ada yang Heryan lebih minat ...

         Zaman sekarang ni, Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Matematik dan Sains Tidak Lagi relevan agar pelajar diwajibkan memilih aliran sains . kenapa? Setiap pelajar pasti ada minat dan cita2 mereka masing-masing. Ada pelajar yang dapat 7A (termasuk Math dan sains) dalam PT3 tetapi mereka tidak memilih untuk memasuki kelas sains.. mengapa? Mereka tak berminatlah..macam akulah -_- ...

               Di antara keluarga aku , ada menggalakkan aku masuk kelas sains ( sebab aku pandai sains ), ada yang menggalakkan aku masuk kelas perdagangan (sebab aku pandai Matematik)... ramailah orang kata, kalau aku masuk kelas sains, aku boleh pegi matrikulasi... haha, tapi nak tau apa bidang die? Kejuruteraan , Perakaunan dan Sains Asasi... Hilang semangat Heryan mau masuk kelas sains...hahaha... lepastu dah luah dengan keluarga, taknak masuk kelas sains... dorang cadangkan aku ambil aliran perdagangan ,,lagilah aku tak minat -_-... kenapa? Kau ingat aku suka bab2 perniagaan😪...hahaha,,, kakak aku suruh aku pindah sekolah,, sebab kat sekolah aku takde prinsip perakaunan... aku dah nak pindah dah tapi, masa aku kat library, aku ada tejumpa buku Prinsip Perakaunan ni, aku baca punya baca,, ya Allah,,, tak berminatnye😭😭😭...

         Jadi aku minta lah nasihat anak Buah Aku yang dah habis sekolah -_- ... (ternyata pacik lagi muda dari anak buahnya -_-)... dia suruh aku ambil aliran sastera... Btw, aku tak tahu sastera ni ape?... rupenye novel , cerpen n sajak... aku minat tu tak berapalah , lagipun, aku taknak jd doktor , akauntan pun...haha... aku ambillah aliran ni...aliran ni bebas daripada aliran sains...maksudnya takde biologi, fiz n Kimia lah kecuali sains tambahan lah(*jika ada)... sains tambahan tu 4x lebih senang dr sains tulen -_-... sebab tulah aliran Perakaunan lebih ambil  ...

                 Masa aku form 3 dulu, adalah kene bagi ceramah tentang pemilihan subjek elektif yang dipakejkan antaranya ialah (*kat sekolah saya lah)

1. Kelas Satu@Pure Science
-Biology -Physic -Chemistry
-Additional Mathematics

(*empat2 tu wajib ambil,,, kan aliran sains tulen , tak tulenlah kalau drop 1...)

2. Kelas 2@ Ikhtisas
-Ekonomi Asas (*Wajib Ambil) -Perdagangan Atau Sains Sukan Atau Tassawur Islam - Addmath Atau Geografi Atau Ekonomi Rumah Tanggan

3. Kelas 3@ Sastera
-Kesusasteraan Melayu (*Wajib Ambil) -Perdagangan Atau Sains Sukan Atau Tassawur -Pendidikan Seni Atau Geografi Atau Ekonomi Rumah Tangga

4. Kelas 4@ Kesenian
-Pendidikan Seni Visual (*Wajib ambil) dan Bebas dari subjek Elektif Lain...

         Aku sebenarnya dapat kelas No.2 tapi Bila aku fikir2 balik, Aku takde kawan kat sana, lepastu, Aku tak suka subjek ekonomi Asas... jadi aku bercadang nak ambil kelas no.3 lah... sebab,, ada kawan aku kat sana dan takde ekonomi asas..😂😂... dalam hati aku, sastera pun sasteralah..lagipun, aku minat bahagian bahasa,, cuma sastera yang aku tak berapa minat😂... sastera dengan bahasa tu beza ya😉... Tuhan je lah yang tau macam mana aku pujuk2 cikgu kaunseling tu tukarkan aku ke kelas 3...hahaha😂...

"Kau pandai Math,, kenapa nda ambil ekonomi saja?"
"Saya nda minat ekonomi bah cigu,, plezz cigu,, aku tidak mau masuk kelas eko cgu"

  Akhirnya, cigu tukarkan aku kelas... gembira lah juga dapat jumpa kawan baik, yang best... actually,,, dulu masa aku form 2 ,aku kelas no.2... ada juga kawan2 aku kat sana... form 3, aku turun kelas...sedihlah juga,,tapi lama2 ada kawan dan aku rasa lebih baik di kelas baru... jadi, setelah form 4 , aku nak dimasukkan ke kelas no 2, tekejut beruk aku semua kawan aku takda disana... jadi aku pilih kelas ke 3 lah... wah,,, happy nya... ada kawan lama...wahahaha,,, Exam masa aku kat aliran sastera mmg oklah lah...haha ... ujian 1 ak dpt 5A (Bm,M3,Tas,geo,Sas), Penggal pertama pun 5A (Bm,M3,Sns,Tas, sas), Akhir tahun ni 6A (Bm,Sn,Sej,Tas,Geo,Sas)... Sastera dgn Bm tu, Sentiasa A kan?...hahaha,,,itu maknanya aku sesuai di aliran itu😂,,, cuma cita2 aku,,, yang pelik... Nak jadi penyanyi....hahaha😂...peliknya... Okay,,, sampai situ ja cerita Heryan... Bubbye😂😂