Terdapat 6 Mata Pelajaran Teras Untuk SPM iaitu :
a) Bahasa Malaysia
b) Bahasa Inggeris / GCE-O English
c) Matematik
d) Sejarah
e) Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
f) Sains
Keenam-enam pelajaran itu adalah wajib diduduki oleh bakal-bakal SPM kecuali pada aliran-aliran tertentu. Contohnya, Pelajar aliran sains tidak perlu mengambil mata pelajaran sains kerana mereka telah menduduki mata pelajaran asas sains iaitu Biologi , Fizik dan Kimia. Begitu Juga Dengan Pelajar aliran agama, Mereka tidak perlu menduduki peperiksaan pendidikan islam kerana telah mengambil 3 Mata pelajaran asas pengetahuan Islam iaitu Pendidikan Al Quran Dan As Sunnah, Pendidikan Syariat dan Islamiah dan Tassawur Islam.
Pendidikan Moral khusus untuk pelajar yang bukan beragama islam dan mereka tidak perlu menduduki pendidikan Islam dalam SPM. Untuk mendapatkan sijil SPM, pelajar tersebut Wajib Lulus pada Subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah. Dijangka pada masa akan datang, Subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral diwajibkan Lulus.
Seorang pelajar hanya boleh mengambil Maksimum Sepuluh Mata Pelajaran Untuk SPM mereka Kecuali aliran Sains Tulen Agama yang boleh mengambil sehingga 12 Mata Pelajaran. Pelajar yang memilih Aliran sastera bebas daripada mengambil subjek daripada aliran sains tulen . Aliran Sastera terbahagi Kepada beberapa jenis iaitu, Kemanusiaan, Sains Sosial ,Kesusasteraan , Kesenian , Perakaunan dan perdagangan/perniagaan.
Senarai Di Bawah adalah contoh-contoh mata pelajaran (Akademik) pilihan untuk diduduki sewaktu SPM.
a) Biology
b) Physic
c) Chemistry
d) Additional Mathematics
e) Ekonomi Asas
f) Kesusasteraan Melayu Atau Literature In English Atau Kesusasteraan Cina Atau Kesusasteraan Tamil
g) Perdagangan
h) Prinsip Perakaunan
i) Geografi
j) Tassawur Islam
k) Pendidikan Seni Visual
l) Additional Science
m) English for Science and technology
n) Pendidikan Syariat dan Islamiah
o) Pendidikan Al-Quran dan Al-sunnah
p) Pengetahuan Sains Sukan
Dan Banyak lagi...
Sebarang Mata Pelajaran Pilihan Tidak Boleh Diambil pada waktu yang sama Contohnya Sains dan biologi/Fizik/Kimia kerana Ketiga-tiga subjek itu lebih meliputi berbanding sains. Contoh Kedua ialah subjek Kesusasteraan. Hanya satu jenis Kesusasteraan Yang boleh dipilih pada satu masa...
Terdapat juga subjek tambahan untuk pelajar tertentu seperti :
a) Bahasa Cina
b) Bahasa Tamil
c) Bahasa India
Dan Banyak Lagi
...
Untuk Maklumat Lanjut mengenai mata pelajaran Bolehlah pergi Ke Sini (Wikipedia)