Sudah menjadi kelaziman untuk pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf mengisi borang UPU melalui talian untuk memohon sambung belajar samada di Universiti Awam/Politeknik Premier dan lain-lain lagi. Pelajar yang hendak mengisi borang UPU hendaklah membeli PIN - 6 Angka di Bank Simpanan Nasional yang berdekatan . Harga untuk satu pembelian PIN adalah RM15.90 (Termasuk GST). Pada artikel kali ini, kita akan bercerita mengenai cara-cara yang terbaik menggunakan khidmat UPU.
Sebelum mengisi UPU...anda perlu melakukan beberapa tips ini.
1) Rancang dan fikir , kursus apa yang anda hendak ambil dan anda berminat.
2) Siasat kursus yang anda hendak ambil itu dan semak syarat-syarat kelayakannya.
3) Bagi mereka yang mempunyai masalah pengangkutan, semak kursus-kursus yang ditawarkan di IPTA yang berdekatan. (Melalui Laman Sesawang Portal bagi IPTA terdekat itu)
4) Pastikan anda mengisi borang UPU seawal-awalnya agar anda mempunyai masa yang banyak untuk mengurus atau mengedit borang permohonan anda.
5) Jangan isi sembarangan . Kesilapan mengisi boleh menganggu perancangan anda
6) Rancang kewangan anda. Jika anda mempunyai masalah kewangan, janganlah risau, PTPTN kan ado...
Nampaknya itu sahajalah pendapat saya. tq